Laman Restu Sdn. Bhd.
Pakar dalam pembinaan, renovasi, dan penyelenggaraan dengan kualiti terbaik serta integriti yang dipercayai.
Sejak 2019, kami menyediakan perkhidmatan pembinaan dan penyelenggaraan profesional yang menepati piawaian, mengutamakan keselamatan, dan memenuhi kehendak pelanggan.
Pengenalan Syarikat
Laman Restu Venture adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2019, manakala Laman Restu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 Disember 2024. Namun sebelum penubuhan syarikat, saya dan pasukan mengambil upah kerja dibawah kontraktor yang berdaftar. Akhirnya setelah sekian lama kami terus mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat berdaftar yang bersifat berdaya saing, sistematik dan dinamik.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diterajui oleh Muhamad Farizal bin Samsudin. Dengan penubuhan syarikat ini juga, secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling dan bersifat berdaya saing dalam pasaran.
MISI
- Menawarkan kualiti perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi kehendak/kepuasan pelanggan di samping mengekalkan mutu piawaian yang tinggi.
- Menawarkan harga terbaik yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pelanggan di samping mengekalkan kualiti perkhidmatan kami ditahap terbaik.
- Menyediakan pasukan pekerja yang berkebolehan dan profesional
VISI
- Menjadi syarikat yang mempunyai reputasi pencapaian memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta berdaya saing dalam masa yang sama membantu dan membangunkan komuniti masyarakat
Pencapaian Hebat Kami
Tahun Pengalaman
0
Projek Disiapkan
0
+
Pekerja Mahir
0
Anugerah & Pengiktirafan
0
Perkhidmatan Kami
Pembinaan Bangunan Rumah & Pejabat
Pemasangan Paip
Pemasangan & Penyelenggaraan
Penghawa Dingin
Pemasangan Jubin
Kerja-kerja Pembinaan Landskap Jalan Raya
Mengecat















